Salam buat semua....
apa sudah jadi..?? dulu mereka gelar kita samseng tapi sekarang..??? - HM
Pemuda pasang bendera BN ditetak
Tanah Merah: Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera
dan sepanduk Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong
parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini,
kelmarin.
Kejadian berlaku jam
6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai
di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera
dan sepanduk.
Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah
kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya
supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.
Saya
mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu
kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti
pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," - Mohd Dasuki Yusoff
Rasa tercabar
Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti
pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di
situ.
“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang
melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang
menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.
“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada
mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta,
lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini,
semalam.
Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian
itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki
motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan
kejadian di atas jambatan itu.
Beliau berkata, ketika bertikam
lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah
parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.
Kena enam jahitan
Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri
dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara
yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah
Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Akibat tetakan
itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud,
mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam
siasatan.
Sumber : Page Anti Semua Salah UMNO /ASSU atau klik di SINI


Post a Comment