BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi
Menurut
analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu
memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.
Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU)
berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN
serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas
begitu kuat bekerja.
Selain
itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di
akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika
parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti
kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun,
secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.
Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan
kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan
lain-lain.
Dalam
pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’
politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung
daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah
dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya
memenangi 139 dari 222 kerusi.
Tamparan
itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan
pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga
memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat
Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal
mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.
Kebimbangan
rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang
sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia,
benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi
ekonomi dan juga perpaduan rakyat.
Suara-suara
lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan
kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun
pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai
dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan
pengkhianatan.
Oleh
kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya
menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad
melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada
kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.
‘Kerosakan’
yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga
sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang
kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga
mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat
ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan
antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.
Hari
ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu
adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.
Nampaknya,
harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak
dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami
luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan
memulihkan segala kerosakan yang berlaku.
Dato’
Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah
pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah
mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.
Di
masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua
golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan
Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya
mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan
politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut
membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di
bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan
tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan
negara dan tidak menentang arus nasionalisme.
Kita
percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa
kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan
beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan
negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah
kepimpinannya



Post a Comment