Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

AMALAN KRONISME PAS LEBIH DASYHAT???

Wednesday, 6 February 20130 comments

 Salam buat semua....








Rumah milik Taukey ANZ




Ceramah pemimpin Pas, jarang sekali jika tidak sebut perkataan ‘kroni’.
Sebab itu penyokong Pas betaraf ‘nenek’ di ceruk-ceruk kampung sekalipun
begitu fasih dengan istilah ‘kroni’ yang sudah tentu dikaitkan dengan
pemimpin UMNO atau BN.



Peribahasa ‘Paku Dulang Paku Serpih’ cukup sesuai dengan Kerajaan Pas. Dulu mengata UMNO, giliran Pas suruh rakyat tutup mata!



Zaman pemerintahan Pas, syarikat Pembinaan ANZ Sdn. Bhd. milik Bendahari
Pas Kawasan Kuala Terengganu, Zainuddin Abu Bakar bolot tujuh projek
Kerajaan Negeri dan Syarikat Kerajaan dengan nilai kontrak lebih RM175
juta dalam tempoh tiga tahun.



Pusat Niaga Paka, Dungun – RM15.3 juta

Projek Perumahan Balai Besar, Dungun – RM28.7 juta

Projek Penswastaan Perumahan Bukit Bayas, Kuala Terengganu – RM97 juta

Projek Perumahan Tok Adis, Kuala Terengganu – RM34.9 juta



Sebahagian projek itu adalah di bawah syarikat Kerajaan Negeri iaitu
EPIC dan GPQ yang dipengerusikan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Wan
Muttalib Embong yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu.



fb: Fauzi Mohd





ANGIN: Uuuuuurm... patut ler rumah tokey ANZ sampat 3 tingkat, kalau astro tu sampai 3 atau 4. Pintu pagar memang selalu tertutup rapat. Tingginya pagar sampai tak boleh tengok apa yang ada kat dalam... Maklum besan Nik Aziz. Agak-agak ko orang lah berapa persen yang didapati oleh pemberi-pemberi projek kepada ANZ????

Share this article :

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger