Angin Laut China Selatan - Angin Menderu

PAS SURUH RAJA BAHARIN BERBOHONG???

Tuesday, 29 January 20131comments


Salam buat semua....





















 





Raja Bahrin, satu nama yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama menyepi. Muncul dengan menggunakan pentas-pentas ceramah PAS. Ada yang kata beliau menggunakan pentas PAS untuk mencuci "dosa" keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin Terengganu. Dikatakan Raja Bahrin adalah arkitek yang merekacipta bumbung bangunan yang runtuh itu. Jika sebelumnya beliau boleh tersenyum sengih dan merasa bangga apabila bumbung stadium yang direkanya tersergam indah, kemudian apabila runtuh pada tahun 2009, beliau cuba untuk cuci tangan dengan menyertai lebai-lebai PAS di Pentas-pentas ceramah.





Untuk cerita lanjut sila baca di SINI.





Sebenarnya bukan bumbung yang Angin ingin ceritakan, tetapi cerita tentang satu isu yang dikeluarkan oleh  Raja Bahrn di Ceramah PAS pada beberapa malam lepas yang diadakan berhampiran PAngsapuri Ladang Gemilang. Biarpun sebenarnya yang hadir tak sampai pun 90 orang tapi ianya dibuat seolah-olah ceramah itu begitu mendapat sambutan. Ala-ala syok sendiri gitu....









Semasa berceramah Raja Bahrin telah menyebut bahawa Monsun Cup telah menelan belanja hampir RM 300 juta setahun. Angin yang berada di situ merasa betapa manusia akan berubah apabila berada di pentas ceramah. Raja Bahrin seorang yang begitu lemah lembut sanggup berbohong untuk mendapat perhatian.





Dalam sidang dun tahun 2008, telah dibentangkan perbelanjaan Monsun Cup tahun 2005-2007.










Tahun


Perbelanjaan Kerajaan Negeri


(RM Juta)


Yuran Penganjuran


(RM Juta)


Dana Khas ke T-Best


(RM Juta)


2005


1.1


4.0


tiada


2006


1.2


4.0


tiada


2007


1.0


4.0


12.0








Kos Pembinaan (Infra) Pulau Duyung (untuk pembinaan resort, marina, restoran dan rumah) - RM 272.4m.

Perangkaan yang sama boleh di dapati daripada Hansard DUN
Terengganu dan daripada PMINT ataupun Perbadanan Memajukan Iktisad
Negeri Terengganu (Terengganu SEDC) dan ianya telah diaudit sepenuhnya.

Jadi berbohonglah Raja Bahrin  yang mengatakan bahawa kos penganjuran
tahunan adalah tinggi sehingga mencecah RM 300 Juta Setahun.





Sebenarnya
hanya perbelanjaan untuk pembangunan infra Pulau Duyung yang mencecah
RM 272.4 j


  


Kos penganjuran Piala Monsun yang dikeluarkan secara perinciannya adalah:



  • Perbelanjaan oleh kerajaan negeri hanyalah RM 3.3 juta bagi tempoh 3 tahun,



  • manakala selebihnya dibiayai oleh yuran penganjuran berjumlah RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun



  • dan wang dana khas ke Terengganu Best hanyalah sebanyak RM 12 juta bagi tempoh 3 tahun tersebut (iaitu sekali di tahun 2007).







Kos keseluruhan untuk 3 tahun adalah RM 27.3 juta (purata perbelanjaan setahun secara keseluruhan adalah hanya RM
9.1 juta setahun) jauh lebih rendah daripada perangkaan kos
perbelanjaan Le Tour De Langkawi yang mencecah lebih kurang RM 25 juta
setahun.





Boleh terus berfakta di SINI





Jadi benarkah Raja Bahrin cuba mencuci dosa bumbungnya runtuh dengan mengalih perhatian kepada isu monsun cup pula??

























Share this article :

+ comments + 1 comments

29 January 2013 at 16:31

dah takder duit kot...ceramah pas banyak dpt duit...

Post a Comment

 

Copyright © 2013. angin test - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by Wak
Di kuasakan oleh Blogger